Wikipedia

Search results

Sunday, September 23, 2018

ALAT-ALAT CoRT 1


Alat-Alat CoRT 1
Oleh: Nur Syazana Binti Abdul Wahab


CoRT ini merupakan singkatan kepada Congnitive Research Trust yang diperkenalkan oleh Edward De Bono yang merupakan pemegang PhD dalam bidang perubatan dari University Oxford dan juga PhD Perubatan dari University Cambrige. Congnitive Research Trust telah dibahagikan kepada enam bahagian. CoRT 1 merupakan bahagian yang pertama . CoRT 1 ini berkonsepkan keluasan persepsi. Hal ini menunjukkan bahawa CoRT 1 membantu pelajar untuk meluaskan persepsi pemikiran mereka agar dapat menjana idea atau memilih satu keputusan yang tepat.


1. PMI iaitu Plus, Minus and Interesting (Baik, buruk, menarik).PMI merupakan kompenan yang dapat melatih pelajar berfikir bagi meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi.(Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan, 2014). Ini bermakna, pelajar dapat berfikir lebih jauh untuk menjana pelbagai idea. Namun begitu, pemikiran mereka untuk berkembang boleh terganggu sekiranya mereka berada dalam emosi yang tidak stabil dan tertekan. Disini saya ingin menerangkan mengenai contoh penggunaan PMI. PMI selalunya digunakan dalam perbincangan bagi mencari satu kata putus yang terbaik. Pada permulaannya, kita perlu menyenaraikan sebanyak yang boleh menegenai Plus (baik), Minus (buruk) dan Interesting (menarik) dalam sesuatu situasi.




2.      CAF merupakan Consider All Factors.  Kompenan ini berfungsi sebagai kompenan yang melatih pelajar berfikir dan meninjau semua aspek bagi sesuatu situasi dengan lengkap dan menyeluruh kerana kompenan ini mengambil kira semua faktor (Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan, 2014). Dengan menyenaraikan semua faktor yang wujud menyebabkan mereka tidak terlepas pandang pada faktor-faktor yang penting bagi tajuk yang mereka bincangkan. Pelajar hanya perlu menyenaraikan semua faktor-faktor yang boleh dikaitan dengan mengapa timbulnya situasi tersebut kemudian mempertimbangkan setiap faktor yang ada lalu membuat keputusan.




3.     C&S – Consequence and Sequel yang bermaksud kesan dan akibat daripada kesan.Tujuan kompenan yang ketiga ini adalah untuk mendidik pelajar untuk berfikir dengan lebih mendalam bagi membolehkan mereka meramalkan apa yang bakal berlaku selepas sesuatu cadangan atau keputusan diambil. Sekiranya pelajar dapat meramalkan apa yang bakal berlaku, bermakna mereka dapat melihat keputusan yang mana dapat memberikan penyelesaian  yang terbaik kerana mereka dapat melihat akibat daripada kesan. Bagi menggunakan kompenan C&S ini, pelajar perlu memimikir kesan tersebut mengikut jangka masa tertentu. Hal ini kerana terdapat beberapa kesan yang memberikan kesan yang baik dalam jangka masa yang panjang dan wujud jugak sebaliknya. Kemudian pelajar perlu menilai akibat daripada kesan tersebut.




4.     AGO –Aims, Goals and Objective (Tujuan, matlamat dan objektif) memainkan peranan sebagai kompenan yang membantu pelajar focus dalam memikirkan tujuan asal agar motif pelajar terlaksana.(Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan, 2014) Malah AGO juga membantu pelajar untuk mencari maklumat yang berkaitan agar tidak membuang masa pelajar dari tersasar daripada topik perbincangan. 


5.   FIP yang merupakan First Importance Priority (keutamaan). Kompenan ini bertujuan adalah untuk menggalakkan pelajar berfikir dengan mendahulukan sesuatu pekara mengikut kepentingan atau keutamaan.(Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan, 2014) Hal ini menyebabkan mereka mendapat idea yang selaras dengan tajuk yang dibincangkan.



6.      APC – Alternatives, Possibilities, Choices (Alternatif, kemungkinan, pilihan). APC berfungsi dalam menggalakkan pelajar berfikir lebih dari satu perkara dalam masa yang sama dan seterusnya pelajar diminta untuk membuat pilihan yang tapat. Hal ini dapat melatih minda menjadi lebih cekap. Selain itu, kompenan ini melatih pelajar berfikir dalam banyak cabang bukan satu cabang sahaja.


7.     OPV- Other People’s Views (Pandangan orang lain). OPV ini mampu mendidik pelajar untuk menerima pandangan orang kerana melalui pandang oranglain,  ilmu pengetahuan mereka lebih luas. Hal ini kerana setiap orang mempunyai cara pemikiran yang berlainan menyebabkan mereka mempunyai berlainan idea. Dalam masa yang sama, OPV juga menggelakkan pelajar dari terlalu memfokuskan diri sendiri ketika membuat sesuatu keputusan.






Rujukan
  1. Psikologi Pendidikan
  2. CoRT thinking





                    

ALAT-ALAT CoRT IV


ALAT BERFIKIR CORT IV

Oleh : Glory a/p Salim

Menurut Edward De Bono , mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan masalah.Kesimpulannnya , kemahiran berfikir merupakan kemahiran penyediaan diri untuk untuk mendapatkan ilmu dan mengembangkan idea yang  baru .

Antara alat berfikir yang terdapat dalam alat cort IV ialah Yes No PO , Random Input , Stepping Stone , Concept Challenge , Dominant Idea ,Define the Problem , Remove Faults ,Combination ,Requirements Evaluation .  Secara keseluruhannya alat berfikir COrt IV  ini menjurus kepada pemikiran kreatif.

Yes No Po , ialah untuk mengalakkan kita untuk membuat pilihan yang benar dan menggerakkan pemikiran kreatif yang akan  meneroka pelbagai kemungkinan .Seterusnya , stepping stone ialah penggunaan idea asal untuk menghasilkan idea baru untuk penampilan lebih kreatif, PO dianggap sebagai alat untuk lihat pelbagai kemungkinan dan mencari alternatif berkaitan sesuatu perkara  serta sebagai batu lonjatan untuk hasilkan idea baru yang provaktif iaitu lain daripada idea lama.Random input , menggunakan kata nama ,kata sifat atau kata kerja untuk mencipta idea yang kreatif . Misalnya PO Durian , Televisyen PO keju .Tegasnya , ketiga –tiga alat ini dapat menjurus kepada penghasilan sesuatu yang baru berdasarkan aspek yang diambil kira semasa ingin mencipta dan membuat penambahbaikan pada sesuatu perkara .

 Selain itu , Concept Challenge digunakan untuk memberikan wajah baru kepada sebarang perkara.Mencabar konsep bermaksud mengubah konsep yang lama kepada kerangka yang baru berdasarkan perubahan persekitaran yang baru .Namun begitu , tidak semua konsep lama boleh diubah sewenang-wenangnya .Dominant Idea pula ialah idea utama sesuatu perkara ,isu ,peristiwa dan sebagainya .Define the problem pula punca sebenar sesuatu masalah  supaya dapat menyelesaikan masalah dengan mengenalpasti dahulu punca yang sebenar .Remove Faults , digunakan untuk melihat kekurangan , kecacatan atau kelemahan bagi menghasilkan produk yang lebih baik dan berkualiti .Misalnya ,penggunaan tetikus berwayar  ditukar kepada tetikus tanpa wayar.Penggunaan tetikus tanpa wayar lebih baik kerana dapat mengawal dari jauh tetapi tetikus berwayar pada jarak dekat kerana wayarnya yang pendek.Penggunaan tetikus tanpa wayar relevan digunakan kerana ia memudahkan urusan kita lebih-lebih ketika pembentangan .Jelaslah bahawa  alat –alat ini bukan sahaja dapat membentuk pemikiran dan daya kreativiti tetapi pelbagai persepsi , konsep dan idea yang baharu

Disamping itu ,Combination digunakan untuk mengabungkan beberapa elemen dan struktur yang  berbeza fungsi , saiz .Requirements pula digunakan untuk keperluan bagi sesuatu perkara dan mencekupi seperti keperluan tepat dan sesuai , keperluan munasabah dan praktis serta banyak lagi . Keperluan ini penting bagi membantu pelajar menentukan perkara penting atau tidak .Akhirnya  evaluation digunakan untuk mengenalpasti kelemahan dan kelebihan sesuatu idea untuk membaiki kelemahan yang ada dalam sebuah idea .

 Kesimpulannya , alat cort IV  sememangnya membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan membantu pelajar dalam membina strategi dalam pembelajaran . Jelaslah bahawa penggunaan alat-alat berfikir dapat membantu perkembangan dan kecerdasan pelajar . Oleh itu , seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikkan alat-alat yang bersesuaian bagi memantapkan lagi pencapaian akademik .

Rujukan : http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11009/1/FPP_2002_31_A.pdf
                 




PENGENALAN


Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada para pembaca. Kami, Glorynenes berharap anda semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan ceria selalu. Pada hari ini, kami berbesar hati ingin berkongsi bersama  anda mengenai CoRT 1 dan CoRT 4 yang terkandung dalam  Bab 5 (Alat-alat Berfikir dalam Membuat Nota). Kami berharap melalui perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.



Alat- Alat Berfikir dalam Membuat Nota

PENGENALAN