Alat-Alat CoRT 1
Oleh: Nur Syazana Binti Abdul Wahab
CoRT
ini merupakan singkatan kepada Congnitive Research Trust yang diperkenalkan
oleh Edward De Bono yang merupakan pemegang PhD dalam bidang perubatan dari
University Oxford dan juga PhD Perubatan dari University Cambrige. Congnitive
Research Trust telah dibahagikan kepada enam bahagian. CoRT 1 merupakan
bahagian yang pertama . CoRT 1 ini berkonsepkan keluasan persepsi. Hal ini
menunjukkan bahawa CoRT 1 membantu pelajar untuk meluaskan persepsi pemikiran
mereka agar dapat menjana idea atau memilih satu keputusan yang tepat.
1. PMI iaitu Plus, Minus and Interesting (Baik, buruk,
menarik).PMI merupakan kompenan yang dapat melatih pelajar berfikir
bagi meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi.(Syed Ismail Syed Mustapa dan
Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan, 2014). Ini bermakna, pelajar dapat berfikir
lebih jauh untuk menjana pelbagai idea. Namun begitu, pemikiran mereka untuk
berkembang boleh terganggu sekiranya mereka berada dalam emosi yang tidak
stabil dan tertekan. Disini saya ingin menerangkan mengenai contoh penggunaan PMI. PMI
selalunya digunakan dalam perbincangan bagi mencari satu kata putus yang
terbaik. Pada permulaannya, kita perlu menyenaraikan sebanyak yang boleh
menegenai Plus (baik), Minus (buruk) dan Interesting
(menarik) dalam sesuatu situasi.
2. CAF
merupakan Consider All Factors. Kompenan
ini berfungsi sebagai kompenan yang melatih pelajar berfikir dan meninjau semua
aspek bagi sesuatu situasi dengan lengkap dan menyeluruh kerana kompenan ini
mengambil kira semua faktor (Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon,
Aliza Adnan, 2014). Dengan menyenaraikan semua faktor yang wujud menyebabkan mereka
tidak terlepas pandang pada faktor-faktor yang penting bagi tajuk yang mereka
bincangkan. Pelajar hanya perlu menyenaraikan semua faktor-faktor yang boleh
dikaitan dengan mengapa timbulnya situasi tersebut kemudian mempertimbangkan
setiap faktor yang ada lalu membuat keputusan.
3. C&S – Consequence and Sequel
yang bermaksud kesan dan akibat daripada kesan.Tujuan kompenan yang ketiga ini
adalah untuk mendidik pelajar untuk berfikir dengan lebih mendalam bagi
membolehkan mereka meramalkan apa yang bakal berlaku selepas sesuatu cadangan
atau keputusan diambil. Sekiranya pelajar dapat meramalkan apa yang bakal
berlaku, bermakna mereka dapat melihat keputusan yang mana dapat memberikan
penyelesaian yang terbaik kerana mereka
dapat melihat akibat daripada kesan. Bagi menggunakan kompenan C&S ini, pelajar perlu memimikir
kesan tersebut mengikut jangka masa tertentu. Hal ini kerana terdapat beberapa
kesan yang memberikan kesan yang baik dalam jangka masa yang panjang dan wujud
jugak sebaliknya. Kemudian pelajar perlu menilai akibat daripada kesan
tersebut.
4. AGO
–Aims, Goals and Objective (Tujuan, matlamat dan objektif) memainkan peranan
sebagai kompenan yang membantu pelajar focus dalam memikirkan tujuan asal agar
motif pelajar terlaksana.(Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon,
Aliza Adnan, 2014) Malah AGO juga membantu pelajar untuk mencari maklumat yang
berkaitan agar tidak membuang masa pelajar dari tersasar daripada topik
perbincangan.
5. FIP
yang merupakan First Importance Priority (keutamaan). Kompenan ini bertujuan
adalah untuk menggalakkan pelajar berfikir dengan mendahulukan sesuatu pekara
mengikut kepentingan atau keutamaan.(Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki
Miskon, Aliza Adnan, 2014) Hal ini menyebabkan mereka mendapat idea yang
selaras dengan tajuk yang dibincangkan.
6. APC
– Alternatives, Possibilities, Choices (Alternatif, kemungkinan, pilihan). APC
berfungsi dalam menggalakkan pelajar berfikir lebih dari satu perkara dalam
masa yang sama dan seterusnya pelajar diminta untuk membuat pilihan yang tapat.
Hal ini dapat melatih minda menjadi lebih cekap. Selain itu, kompenan ini
melatih pelajar berfikir dalam banyak cabang bukan satu cabang sahaja.
7. OPV-
Other People’s Views (Pandangan orang lain). OPV ini mampu mendidik pelajar
untuk menerima pandangan orang kerana melalui pandang oranglain, ilmu pengetahuan mereka lebih luas. Hal ini
kerana setiap orang mempunyai cara pemikiran yang berlainan menyebabkan mereka
mempunyai berlainan idea. Dalam masa yang sama, OPV juga menggelakkan pelajar
dari terlalu memfokuskan diri sendiri ketika membuat sesuatu keputusan.
Rujukan